Risalah Amal - internet edition

Wudhuk

Pengertian Wudhuk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat


Rukun Wudhuk

 

 

Rukun Wudhuk

  • Niat
  • Membasuh muka
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
  • Menyapu air di kepala
  • Membasuh kaki hingga buku lali
  • Tertib

 


Niat Wudhuk :-


“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’la”




Perkara-perkara Sunnat Ketika Berwudhuk
  • Membaca basmalah
  • Membasuh tangan
  • Berkumur-kumur
  • Masukkan air dalam hidung
  • Membasuh semua kepala
  • Membasuh telinga
  • Membersih celahan jari
  • Mendahulukan yang kanan
  • Membasuh anggota tiga kali
  • Membaca doa selepas berwudhuk


Doa Selepas Berwudhuk

    ”Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah ,Maha Esa Dia , tiada sekutu bagi-Nya.Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya.Ya Allah , jadikanlah aku ini daripada orang-orang yang banyak bertaubat , jadikanlah aku ini daripada orang-orang yang suci dan jadikanlah aku ini daripada hamba-hamba-Mu yang soleh

Cara-cara Berwudhuk dengan Sempurna
  • Membaca basmalah
  • Membasuh tangan
  • Berkumur-kumur dan membasuh hidung
  • Niat
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan kanan
  • Membasuh tangan kiri
  • Membasuh semua kepala
  • Membasuh telinga
  • Membasuh kaki kanan
  • Membasuh kaki kiri
  • Membaca doa selepas berwudhuk



Hukum Berwudhuk

Hukum Berwudhuk

Wajib

Sunnat

  • Ketika ibadah solat
  • Ketika ibadah tawaf
  • Ketika memegang Al Quran

  • Mandi wajib
  • Hendak tidur
  • Ketika marah
  • Ketika masuk rumah Allah



Perkara-perkara yang makruh ketika berwudhuk
  • Berlebih-lebihan menggunakan air
  • Meninggalkan sunnat-sunnat wudhuk
  • Mendahulukan anggota kiri daripada anggata kanan
  • Membasuh anggota wudhuk lebih daripada tiga kail
  • Meminta tolong dari orang lain membasuh anggota wudhuk kecuali jika sakit yang mengizinkan



Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk
  • Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur
  • Hilang akal kerana mabuk , gila , atau pitam
  • Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
  • Melakukan persetubuhan
  • Lelaki menyentuh perempuan ajnabi tanpa lapik atau sebaliknya
  • Tidur tidak tetap punggungnya



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan