Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

FADHILAT

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Rejab

Khalifah Umar Abdul Aziz memberitahu wakilnya di Basrah,” Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah membuka pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu pada malam pertama bulan Rejab,malam Nisfu Sya’ban,malam Aidil-Fitri dan malam Aidil-Adha.

  • Berpuasa sunat Rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • Berpuasa sunat Rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga.
  • Berpuasa sunat Rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah disyurga.
  • Berpuasa sunat Rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa 100 ribu tahun.(menurut Saidina Ali).
  • Berpuasa sunat Rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa 10 ribu tahun.(menurut Saidina Ali).
  • Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasaa 3 ribu tahun.(menurut Saidina Ali).
  • Berpuasa sunat Rejab 10 hari, akan diberi dua sayap (kepak) untuk terbang melintasi titian Siratal-Mustaqim pada hari Kiamat seperti kilat.
  • Berpuasa sunat Rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk ke syurga.
  • Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibuka lapan pintu syurga pada hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
  • Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan dari azab kubur.
  • Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhi dari bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah Dajjal pada hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari Kiamat.
  • Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.
  • Berpuasa sunat Rejab 1 hari, akn diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.Jika puasa itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
  • Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mi’raj) diberi pahala seperti puasa 60 bulan. Jika disertai dengan ibadat sedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.
  • Pada keseluruhannya, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipelihara Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.
  • Dalam bulan lain, Allah akan membalas amalan kebaikan dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab, Allah akan membalas amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  • Digalakkan supaya memperbanyakkan zikir, istighfar dan mendengar kisah-kisah yang berlaku dalam bulan ini seperti peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Balik Ke Indeks Fadhilat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan