Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

FADHILAT

Fadhilat Berpuasa Di Bulan Sya'ban

Nabi Muhammad SAW telah berpuasa penuh sepanjang Bulan Sya’ban.Fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Sya’ban adalah terlalu besar.

Sayidatina Aisyah R.A meriwayatkan: Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka ;dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa.Dan saya tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan dan saya tidak melihat baginda berpuasa dalam satu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam BUlan Sya’ban. (hadis riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof).

PUASA HARI ISNIN
Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam Bulan Sya’ban akan diampunkan dosanya.

PUASA HARI KHAMIS
Berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Sya’ban dan Khamis terakhir bulan Sya’ban akan dimasukkan ke dalam syurga.

PUASA SEHARI
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Sya’ban akan diharamkan tubuhnya dari api nerakadan masuk syurga

PUASA TIGA HARI
Berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Sya’ban dan berselawat ke atas Nabi SAW sebelum berbuka puasa akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya

PUASA SEBULAN SYA’’BAN
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Sya’ban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

Kelebihan Bulan Sya'ban

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  • Allah akan menurunkan rahmatnya serta memberikan pengampunan umum kepada hamba-Nya.
  • Kelebihan malam Nisfu Sya’ban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunnat dan menghidupkan malam itu dengan membanyakkan berdoa,berzikir,berselawat,bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak ditolak.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari diawal pertengahan dan akhirnya akan ditulis baginya pahala 70 orang Nabi,beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal tahun itu ia mendapat pahala syahid

Balik Ke Indeks Fadhilat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan