Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

HIKAYAT

Kelebihan Bulan Rejab

Peristiwa ini berlaku di Baitul Muqadis dimana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadah terutamanya bila tiba bulan Rejab.Di bulan ini dia akan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 12 kali disamoing mengerjakan ibadah puasa.Di bulan ini juga ia menaggalkan segala pakaiannya yang mewah dan digantikan dengan pakaian yang biasa.Pada suatu hari, ia telah jatuh sakit dan merasakan ajalnya sudah hampir tiba lalu ia pun meninggalkan wasiat pada anak lelakinya dengan berkata,”Anakku,sekiranya aku mati,kapankanlah aku dengan kain yang murah.”

Setelah ajalnya datang,lau diuruskan jenazahnya itu.Oleh kerana mahu menjaga maruah keluarganya,anak lelaki itu telah mengkapankan ibunya dengan kain yang mahal.

Pada malam itu,ia telah bermimpi bertemu dengan ibunya dan ibunya berkata kepadanya,”Mengapa kamu tidak menyempurnakan wasiatku dul,aku tidak rela dengan kain yang mahal ini!.”

Setelah terjaga daripada tidur ia berasa amat kesal dengan perbuatannya dan berasaamat menyesal .Dia mengambil keputusan untuk menggali semula kubur ibunya.

Setelah digali sedalam yang mungkin dia masih tidak menjumpai mayt ibunya itu.Akhirnya ia pulang.

Pada malam itu, ia sekali lagi bermimpi ada suara yang berkata kepadanya,”Sesiapa yang memuliakan bulan Rejab maka Allah tidak akan membiarkan dirinya bersendirian dalam kubur.”Bila tersedar dari tidurnya dia berasa amat hairan tetapi bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian dari sisi Allah di atas klelebihan serta amalan ibunya di dalam bulan Rejab

Balik Ke Indeks Hilal Rejab & Sya'ban 1420



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan