Make your own free website on Tripod.com

Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

HIKMAH

Kelebihan Bulan Sya'ban

Terdapat banyak hadis Rasululah SAW mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan pelbagai amalan ibadat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud bahawa Allah SWT memerhatikan hamba-hamba-Nya pada malam Nifsu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang Islam)

  • Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah : “Hendaklah kamu perhatikan 4 malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan(menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa(jasmani dan rohani).
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Quran atas Qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian Nabi-Nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya.
  • Sabda Rasulullah saw bermaksud , apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat,beribadah dan berpuasa pada siangnya.Allah swt berfirman,Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya,mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya,mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya.”

Balik Ke Indeks Hilal Rejab & Sya'ban 1420



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan