Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

KARYA

Dedaunan hijau mewarnai alam,
Bunga-bungaan menyerikan pandangan,
Kisah perjalanan di waktu mala,
Jadi pengajaran orang beriman.

Terbentang luas itulah samudra,
Dalamnya tersingkap seribu rahsia,
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,
Tersingkap dalamnya seribu makna.

Langit biru tabir bumi,
Bergantungan indah tanpa tiang seri,
Tujuh petala langit Nabi tembusi,
Diamanahkan solat ketentuan Ilahi,
Sunguh indah ciptaan Ilahi,
Menghiasi setiap sudut kehidupan,
Itulah dia bukti kebesaran tuhan,
Maha Mencipta dan Maha Menjadikan.

Bulan mengambang menerangi kegelapan,
Cengkerik di hutan berlagu riang,
Bulan Sya’ban bulan kelapan,
Selepas Rejab berkunjung datang.

Bintang-bintang bergemelapan indah,
Menghiasi langit dikegelapan malam,
Bulan ini bulan Rasulullah,
Penuhkan dengan amalan siang dan malam.

Tengah malam sunyi dan dingin,
Diterangi dengan cahaya lilin,
Nisfu Sya’ban menyerikan Sya’ban,
Hari diangkat segala amalan.

Ciptaan tuhan sungguh sempurna,
Diciptakan tuhan pasti ada hikmahnya,
Jadikan pengajaran jangan dilupa,
Agar hidup aman dan sentosa.

Sinaran Mentari pagi itu,
Merah meyerikan kedinginan pagi,
Alangkah indahnya dan damainya pagi ciptaan tuhan,
Alangkah harmoninya kehidupan,
Andainya hidup kita seperti pagi ini.

Namun hidup kita dipenuhi duka dan lara,
Hidup kita dihantui ketakutan dan keresahan,
Lantaran keegoan kita melupakan tuhan,
Tanpa rasa bersalah mengingkari perintah-Nya.

Siapakah kita untuk berbuat demikian,
sedarlah kita bahawa kita hamba,
sekali bala melanda,
kepada tuhan jua kita berserah,
Barulah kita sedar siapa pencipta siapa dicipta,
Siapa yang lemah siapa yang berkuasa.

Balik Ke Indeks Hilal Rejab & Sya'ban 1420



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan