Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

MUZAKARAH

Antara Peristiwa Ganjil yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. adalah seperti:

  • Bertemu jin Ifrit
  • Menyaksikan dengan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan mengetam pada hari itu juga. Ini adalah contoh bagi orang-orang yang melakukan amal soleh.
  • Semasa melintasi kubur Masyitah, Rasulullah s.a.w. dapat mencium bau yang amat harum.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempaskan kepalany ke batu. Ini adalah contoh bagi orang yang malas bersolat.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah berduri dan menelan bara api. Ini adalah contoh bagi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging yang enak ada di sisinya. Ini adalah balasan bagi orang yang mempunyai isteriyang sah tetapi berzina dengan pelacur.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang didalam sungai yang penuh dengan darah dan rang-orang yang berada di tebing membalingkan batu kearahnya. Ini adalah balasan bagi orang yang memakan riba’ dan duit haram.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu. Walaupun bebannya terlalu berat dia masih lagi menambah beban kayu itu ke bahunya. Ini adalah balasan bagi orang yang suka mengambil amanah tetapi tidak mahu melaksanakannya.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya sendiri .Ini adalah balasan bagi orang yang pandai bercakap tetapi tidak pernah mengamalkannya.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang berkuku tembaga lalu merobek-robek muka dan dadanya sendiri. Ini adalah balasan bagi orang yang suka mengumpat, memfitnah, dan menjatuhkan air muka orang lain.
  • Menyaksikan sekelompok manusia yang mempunyai bibir unta lalu disuapkan kepadanya bara api. Ini adalah balasan bagi orang yang memakan harta anak yatim dengan jalan yang salah.
  • Menyaksikan lenbu besar keluar dari lubang yang sempit lalu berusaha untuk memasuki lubang itu semula tetapi tidak berjaya. Ini adalah balasan bagi orang yang berdusta dan bercakap besar lalu ingin menarik kembali percakapannya tetapi tidak berpeluang.
  • Bertemu dengan pohon-pohon yang berduri di tengah jalan dan sesiapa yang melaluinya pasti ditarik dan dikaitnya sehingga pakin akan menjadi koyak-rabak.Ini adalah balasan bagi orang yang membuat kekacauan di tempat orang lalu-lalang.
  • Menyaksikan perempuan-perempuan yang digantung dgn rambutnya diatas api neraka hingga mendidih otaknya. Ini adalah balasan bagi permpuan yang tidak mahu menutup aurat mereka dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya.

Balik Ke Indeks Hilal Rejab & Sya'ban 1420



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan