Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

PERISTIWA

Kisah Malam Ke-15 Bulan Sya'ban

Telah diriwayatkan dari Abi Nashirin Bin Sa’iid dari Rasulullah SAW : Pada malam 13 dalam bulan Sya’ban Jibrail a.s telah datang kepadaku dengan berkata : Wahai Muhammad, bangunlah dan kerjakanlah solat tahajjud supaya kamu dapat meminta apa yang kamu kehendaki untuk umat kamu.

Setelah berkata demikian maka Jibrail a.s pun pergi , lalu Rasulullah SAW bangun mengerjakan solat tahajjud. Setelah itu Jibrail a.s datang pada waktu Subuh berjumpa dengan Rasulullah SAW denan berkata Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadanya 1/3 umatmu.

Rasulullah SAW menangis apabila diberitahu Jibrail a.s bahawa hanya 1/3 sahaja yang diberikan. Maka baginda pun berkata, Wahai sahabatku Jibrail a.s katakan kepadaku tentang 2/3 umatku yang lain. Berkata Jibrail a.s, Ya Muhammad, aku tidak tahu. Setelah berkata demikian maka Jibrail a.s pun pergi.

Pada malam kedua Jibrail a.s datang lalu mengejutkan Rasulullah SAW sambil berkata, Wahai Muhammad bangunlah dan kerjakan solat tahajjud. Lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat tahajjud.

Pada waktu Subuh Jibrail a.s datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata, Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memberikan kepadamu 2/3 umatmu. Rasulullah SAW menangis sambil berkata , Wahai sahabatku Jibrail a.s katakan kepadaku tentang 1/3 lagi umatku. Kemudian Jibrail a.s pun berkata, Wahai Muhammad aku tidak tahu.

Padamalam Bara’ah malaikat Jibrail a.s datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Muhammad, ini ada berita gembira bahawa Allah SWT telah memberikan semua umatmu yang terdiri daripada mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu.

Malaikat Jibrail a.s berkata lagi, Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit dan lihatlah apa yang kamu lihat. Lalu Rasulullah SAW memandang ke langit, dilihatnya pintu langit terbuka dan para malaikat yang terdiri daripada langit dunia sehingga sampai ke Arasy sedang bersujud memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW.

Pada setiap pintu langit pertama terdapat malaikat yang berseru, berkata Sungguh beruntunglah orang-orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu kedua berseru pula malaikat yang lain, Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang bersujud pada malam ini.

Pada pintu ketiga pula, malaikat yang lain berseru, Sungguh beruntunglah orang-orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu keempat malaikat lain berseru pula, Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang berdoa pada Tuhannya pada malam ini. Pada pintu yang kelima berseru malaikat lain, “ Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT pada malam ini.

Pada pintu yang keenam berseru malaikat yang lain pula, Sungguh beruntung bagi orang-orang yang berbuat baik pada malam ini. Pada pintu langit yang ketujuh pula berseru malaikat dengan berkata, Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang membaca Al-Quran pada malam ini.

Berkata malaikat itu lagi, Kalaau ada sesiapa yang berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan, kalau ada sesiapa yang bertaubat maka taubatnya itu akan diterima, kalau ada sesiapa yang meminta ampun maka ianya akan diampunkan.

Berkata Rasulullah SAW , Pintu rahmat itu terbuka untuk umatku dari permulaan malam sehingga sampai waktu fajar. Sesungguhnya pada malam ini Allah SWT membebaskan orang-orang dari neraka lebih banyak daripada bilangan bulu kambing milik qabil Bani Kilabiin.

Aisyah r.a berkata , Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan Sya’ban dan mengampuni para hambanya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing milik Qabilah Bani Kalbin.

Balik Ke Indeks Peristiwa



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan