Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

ISU SEMASA

Yahudi Musuh Utama Umat Islam

Pada pertengahan abad ini,dunia Islam dikejutkan dengan wujudnya entiti haram negara Yahudi yang didukung oleh barat di dunia Arab.Rampasan tanah wilayah Palestin berleluasa.Sejengkal tanah yang dikuasai oleh Israel lazimnya bersimbahkan darah umat Islam.

Kekalahan bangsa Arab yang majorotinya muslim di tangan Israel dalam peperangan 1967 merupakan peristiwa yang memalukan umat Islam secara kolektifnya.Tragedi itu dirasakan bagaikan trauma dikalangan kaum muslimin sedunia.

Kekalahantersebut merupakan pengajaran kepada kita bahawa setiap perjuanagn yang bersandar kepada paradigma kebangsaan seperti Arabisme akan menemui kegagalan.

Berbeza dengan peperangan 1973 yang dikontasikan sebagai Badar moden, umat Islam terutamanya askar-askar yang berada di medan perang mahupun yang berjaga di barisan depan negara dibentuk semula dengan paradigma tauhidiyah.

Mereka berjuang dengan semangat perang suci untuk membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman Zionis sebagai hujung tobak imperialisme barat di Timur Tengah.

Peperangan 1973 perang Yom Kippur menurut Yahudi telah membuktikan dunia bahawa satu mitos tentang keperkasaan Yahudi telah berakhir.

Kebaggaan Israel dengan garis pertahanan Barlev yang kononnya lebih kuat berbanding garis pertahanan Maginot di Perancis,hancur lebur dirempuh oleh tentera Mesir yang di dukung oleh Ikwanul Muslimin ketika itu.

Kemenangan umat Islam itu merupakan fenumena unik.Satu manifestasi keunggulan semangat Ilahiyah mengatasi semangat nasiolisme.Satu acuan semangat Ilahi yang disertai dengan uasaha,kegigihan dan keterampilan serta dilengkapi dengan persenjataan yang cukup hebat.Ini merupakan syarat muthlak untuk melihat sinar kemenangan dapat mengembalikan harakah umat Islam.

Menyedari akan kekalahannya dalam perang terbuka dengan umat Islam,musuh Islam mula menggunakan cara baru.Mereka merebut kemenangan melalui diplomasi dan perundangan semu(berpura-pura) Mereka mula memecahkan serta melemahkan kekuatan dan perpaduan umat Islam.Negara-negara Arab berselisih sesama sendiri.

Yahudi dan barat terutamanya Amerika mula menempatkan dan memberi dukungan penuh kepada pemimpin-pemimpin Arab yang pro barat mahupun sosialis dan menanamkan rasa takut kepada negara-negara kecil di Teluk dan Jordan.

Rundingan dalam perspektif Yahudi adalah sesuatu yang menghasilkan keuntungan pihaknya,bukan bersandarkan kepada keadilan dan toleransi.

Israel mahu mengembalikan sebahagian tanah kepada Mesir melalui perjanjian Camp David tetapi sebenarnya Mesir hanya merlihat kepentingannya sendiri dan mengorbankan bangsa Palestin.

Resolusi PBB 242 dan 348, dimana Israel mesti mengembalikan seluruh tanah Arab dan Palestin yang dikuasainya sejak tahun 1967,tidak pernah menjadi kenyataan.Barat tidak pernah berbuat apa-apa tindakan terhadap Israel yang enggan berundur bahkan menyeksa dan membunuh beribu-ribu nyawa bangsa Palestin.

Kebiadaban Israel dalam mengkhianati perjanjian damai nampak semakin terserlah apabila Benjamin Netanyahu dari Parti Likud mula berkuasa pada tahun 1996.Netanyahu yang didukung pelampau kanan Yahudi dalam perikatan pemerintahannya mula menunjukkan pendekatan politik anti perdamaian yang sangat jelas.

Secara bertahap beliau terus merosakkan proses perundingan yang telah dirintis pendahulunya,Yitzak Rabin yang mati di bunuh oleh pelampau Yahudi sendiri.Meskipun prosese damai yang ditaja oleh Amerika itu menjanjikan autonomi tertentu,hakikatnya ia sama dengan penjajahan bentuk baru.Kuasa sebenar masih di tangan mereka.

Golongan ini memang cukup bahaya dan oleh itu umat Islam perlulah sedar dan menolak mereka daripada menguasai pemerintahan negara-negara Islam.Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tidak selamat lagi.Ramai musuh kita sedang menyusun strategi untuk memupuskan umat Islam.Jika kita bukan generasi yang di ppupuskan itu mungkin zuriat kita menjadi mangsa dan relakah kita melihat mereka begitu?

Balik Ke Indeks Isu Semasa



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan