Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

ISU SEMASA

Umat Islam Terus Dizalimi

Bercakap mengenai Timor Timur adalah menarik untuk mengaitkannya dengan Melaka di Malaysia, Macau yang terletak di luar pantai China dan Goa di India. Semua wilayah yang disebutkan ini adalah tanah jajahan Portugal (Portugis) di Asia. Selain Melaka yang terlepas daripada mulut harimau (Portugis) tetapi memasuki mulut buaya (Belanda) pada tahun 1641, wilayah-wilayah lain kekal di bawah cengkaman Portugis sehingga abad ini.

Melaka hanya merdeka dalam Persekutuan Tanah Melayu, Goa ditadbir kerajaan India sekalipun berlaku penentangan oleh kumpulan pemisah manakala Macau dijadualkan kembali ke tangan China pada Disember ini. Tindakan Indonesia menjadikan Timor Timur wilayahnya yang ke-27, tidak direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga membawa kepada campur tangan asing akhir-akhir ini yang memungkinkan wilayah itu merdeka. Mengapa wilayah ini mendapat perhatian khusus PBB sedangkan banyak kawasan berkonflik lain tidak dipedulikan? Pejuang Islam Kashmir di India misalnya, sejak sekian lama meminta PBB mengadakan pungutan suara tetapi tidak dilayan.

Kematian beribu-ribu pejuang Kashmir, tidak mendatangkan kesan kepada PBB. Demikian juga pertempuran tentera India dan Pakistan (membabitkan Kashmir) baru-baru ini yang menyebabkan Islamabad menanggung malu besar. Kekalahan Pakistan dalam menangani kes ini dilihat sebagai salah satu punca membawa kepada penyingkiran Perdana Menteri, Nawaz Sharif. Di Bosnia, Albania dan Kosovo pula, PBB hanya bertindak selepas ribuan umat Islam disembelih. Ketidakadilan turut dirasakan pejuang Islam di bahagian lain dunia. Adakah PBB mengambil tahu nasib pejuang kemerdekaan di selatan Filipina (Mindanao), Chechnya, Dagestan, Tatarstan, Acheh dan sebagainya? Jawapan piawai yang diterima ialah masalah ini adalah krisis dalaman dan wajar diselesaikan sendiri oleh negara terbabit.

Krisis di Algeria tidak lama dulu mendedahkan bertapa hipokritnya PBB dan negara kuasa besar dunia yang mendakwa memperjuang demokrasi. Dalam pelihanraya awal 1990-an, Barisan Penyalamat Islam (FIS) menang besar, tetapi dinafikan hak untuk berkuasa oleh rejim tentera, sebaliknya pemimpin FIS seperti Abbasi Madani dan Ali Benhaj disumbatkan kedalam penjara. Dunia dengan segala retorik kemurnian amalan demokrasi, mebisu semata-mata kerana takut Islam akan kembali memerintah dunia. Berdasarkan Perkembangan ini, kita dapat melihat betapa Islam dan umatnya terus disisih dan dizalimi, hatta oleh pihak yang kononnya memperjuangkan keadilan sejagat.

Balik Ke Indeks Isu Semasa



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan