Soutul Jihad -Kumpulan Nasyid Kontemporari SMAPL-




   Nasyid merupakan suatu jalan dakwah yang kian rancak meniti arus perkembangan dunia.Banyak kumpula-kumpulan yang telah mencipta nama dipersada seni dengan membawa mesej dakwah yang jelas antaranya Raihan, Rabbani, Hijaz dan sebagainya.

   Soutul Jihad merupakan salah satu kumpulan nasyid yang telah lama dtubuhkan dan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.Kumpulan nasyid ini menjadi kumpulan nasyid rasmi bagi sekolah.

    Kumpulan nasyid ini telah menerbitkan tiga album tersendiri dan telah mencipta pelbagai kejayaan tersendiri di persada seni .Mesej yang ingin mereka bawa adalah sama seperti kumpulan nasyid yang lain iaitu membawa messej dakwah ke seluruh pelosok dunia

   Kumpulan nasyid ini kini dianggotai oleh 6 orang pelajar iaitu Saudara Hazim Faizi, Saudara Zahrul Faizi, Saudara Mohd Azfar, Saudara Rusman Adlan,Saudara Azizul Ashraf dan Saudara Akmal Nizam dan di bantu oleh pasukan percussion yang diketuai oleh Saudara Nor Azha dan dianggotai oleh Saudara Hafeez Ahmad, Saudara Azhan Ezra, Saudara Ubaidullah, Saudara Radzul Razi,Saudara Ahmad Fadzli Zaki,Saudara Firdaus Hdawan dan Saudara Halmie Azmi .Mereka juga mempunyai jurutera bunyi mereka yang tersendiri iaitu Ubaidullah Bin Mohammad. Pasukan ini diketuai oleh pengurus mereka iaitu Saudara Azha Md Amin.

Kumpulan ini berharap agar dapat terus bersaing di persada seni bagi menyampaikan seruan dakah kepada semua orang .Semoga kumpulan ini terus berjaya..

Lirik-lirik Nasyid



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan