Make your own free website on Tripod.com

Karya Pelajar

Puisi

Assalamualaikum………

Assalamualaikum………

Assalamualaikum…

Salamku mengetuk hati kecil ini,

Menanyakan di mana letaknya

Akhir perjalanan dan pencarian ini

Meraba –raba dalam kegelapan

Terkontang kanting mempelajari makrifah ketuhanan

Ya- Rabb………

Jauh sudah ku terjah medan kehidupan ini

Banyak sudah takdir- Mu ku hadapi

Namun masih.. aku janji dalam kesesatan

Sombong dalam kegelapanku, kebesaran- Mu

Tuhan…

Hati ini sudah tewas untuk kesekian kali

Dalam memandu arah yang tidak pasti tanpa cahaya- Mu

Langkah ii terbantut lagi tanpa panduan-Mu

Suaraku tidak terdaya menentang kemahuan- Mu, Ya Allah

Namun ernyata kasih- Mu masih abadi membalut diri

Menghulur budi nan tepintal disimpulan rindu- Mu

Di sini…. Di dadasejadah ini, Tuhanku…..

Aku kembali ke sisi- Mu, ke jalan- Mu

Lembaran hitam di kanvas kehidupan lalu

Kusiram dengan air mata kesyukuran ini

Mengagungkan kebesaran ciptaan-Mu,Ya Allah

Betapalah,

Hati ini kecewa dan tertipu dengan cina manusia

Yang kutemui di lorong-lorong suram

Penghidupan yang lepas

Namun hidayah-Mu kukuh dan kejap membalut diri

Lantas menyedarkan kau masih ada ruang

Untukku menyedarkan aku masih ada ruang

Untukku lagi di dunia asing ini

Semalamku labuhkan antara tiang-tiang tengah

Lantaran dhjjh rindu-Mu,Tuhanku lebih dahulu

Menjemput dan mengundang kesedaranku…..

 

Assalamualaikum

Salam-Mu mengetuk pintu hati

Doa sejahtera buat seorang aku….

Insan kerdil disisi kebesaran-Mu

Tuhan

Jalan-jalan sepi kehidupan ini telahku singgahi

Pentas dunia belayarkan dusta telahku gagahi

Lantaran enggan waktu tersisa

Ku hanyutkan ke ganda pilu seorang amba-Mu

Pelayaran kehidupan ini adakalanya pahit

Tanpa rahmat-Mu tak mungkin aku

Tega di siniberdiri kukuh

Meanduk cabaran hidup yan bukan kepalang sedikit

Hari-hari sunyi semalam telah berlalu

Tatkala pendengaran menangkap erti azan-Mu

Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!

Lantas di sini didada sejadah ini

Aku bersujud syukur tanda keinsafan

Batapa kasih-Mu kejap dan kukuh

Memandu perjalanan hidupku kembali

Ya Rabb…

Andai maut itu satu dugaan bagiku

Harga di atas segala kesilapan lalu

Aku redha menerima ketentuan tersirat ini

Hari-hari spi bergelumang dengan dosa dan noda

Kini berlalu sepi bagaikan hamparan kenangan

Berlalu pergi melabuhkan sayap duka

Di perdu kenangan bersulam di jalur memori

Andai ada waktu untukku lagi

Izinkan aku menebus dosa semalamku

Di sini, di kaki pelangi

Ku hayati kembali kalimah suci-Mu

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Dan Nabi Muhammad iu persuruh Allah

Allah Maha Besar!

Laungan kalimah-Mu mengetuk lagi hati ini

Embuang semalam dari untaian kenangan

Kini aku kembali lagi

Seperti seorang aku

Gah berdiri meneruskan kehidupan lagi

Setelah lama kesesatan membalut diri

Kini ku kembali ke sini

Demi kasih-Mu, Tuhanku Ya Allah

Di sini…. Di bumi Kosovo

Di mana darahku pernah gugur

Membayar segala dosa yang ku ukir

Pada bilah-bilah kenangan waktu

Antara kini dan semalam

Takbir! Asssalamualaikum

Dan salam-Mu

Mengetuk lagi………..



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan