Karya Pelajar

Puisi

Pagi Itu...

Sinaran mentari pagi itu,
merah menyerikan kedinginan pagi,
alangkah indahya dan damainya pagi ciptaan tuhan,
alangkah harmoninya kehidupan ini,
andainya hidup kita seperti pagi ini.

Namun kita dipenuhi duka dan lara,
hidup kita dihantui ketakutan dan keresahan,
lantaran keegoan kita melupakan tuhan,
tanpa rasa bersalah mengingkari perintah-Nya.

Siapakah kita untuk berbuat demikian,
sedarkah kita bahawa kita hamba,
sekali bala melanda,
kepada tuhan jua kita berserah,
barulah kita sedar siapa mencipta siapa dicipta,
siapa lemah siapa berkuasa,
barulah kita sedar siapa kita sebenarnya...

*Ubaidullah Muhammad*

Balik Ke Muka Puisi...



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan