Risalah Jumaat

Risalah Jumaat
Membangun Bersama Islam
Bil.1
internet edition

Dari Meja Pengarang

Assalammualaikum W.b.

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang di kesempatan ini. Pertama-tamanya saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi keizinan kepada kami,Syukbah Pentasi menerbitkan risalah ini. Untuk pengetahuan sidang pembaca,Syukbah Penerbitan Dan Dokumentasi(PENTASI) di bawah BDK telah diamanahkan untuk menerbitkan risalah setiap Hari Jumaat.Oleh itu, selaras dengan keperluan dakwah Islamiyah serta keperluan informasi masa kini,kami dengan ini memperkenalkan Risalah Jumaat kepada warga SMAPL.Ini bagi mengikut arus perdana masa kini dan memenuhi keperluan tarbiyah islamiyah yang kian malap. Lantaran mencapai objektif yang suci murni ini kami memerlukan sokongan dan bantuan dari segi teknikal,bahan,kewangan dan sebagainya bagi menjayakan niat ini.Oleh itu,kami memohon jasa baik sidang pembaca sekalian bagi menghulurkan bantuan kepada kami dari segi bahan,kewangan,komen bantahan, cadangan dan sebagainya kepada mana-mana AJK Syukbah PENTASI atau e-mailkan kepada PENTASI Akhirnya Kami berharap anda berpuas hati dengan kandungan risalah ini. Sekian terima kasih.

Muzakarah Adab

ADAB MAKAN

  • MEMBACA DOA KETIKA MELIHAT MAKANAN.
  • MEMBACA BISMILLAH SEBELUM MAKAN
  • MAKAN DENGAN TANGAN KANAN.
  • MAKAN BUAH DAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN BERAT.
  • MAKAN DENGAN TIGA JARI.
  • KUNYAH MAKANAN EMPAT PULUH KALI.
  • TIDAK BERCAKAP HAL DUNIA KETIKA MAKAN DAN TIDAK BERCAKAP HAL AGAMA.
  • BASUH TANGAN SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN.
  • AKHIRI MAKAN DENGAN MEMBACA DOA.
BALASAN ALLAH KEPADA PEMIMPIN ZALIM

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan tidak akan membiarkan pemimpin yang ZALIM terlepas begitu sahaja. Mereka pasti menerima balasan Allah di dunia dan di akhirat. Dalam Al-Quran, Allah menerangkan bagaimana bentuk kehinaan yang ditimpakan ke atas Firaun, Namrud dan Abu Lahab. Sejarah juga merakamkan bagaimana Mustafa Kamal Attarturk diseksa menjelang saat kematiannya. Dalam Al-Quran, diceritakan bahawa pemimpin yang ZALIM menghadapi sakaratul maut dengan tragis dan aneh sekali. Namrud misalnya, mati kerana seekor nyamuk yang tempang sebelah sayap masuk kedalam kepalanya dan memakan otaknya. Setiap kali otak Namrud digigit oleh nyamuk itu, dia akan meraung kesakitan dan pelbagai cara dilakukan oleh para tabib untuk mengubatinya namun gagal. Akhirnya Namrud mati dalam keadaan kehinaan. Begitu juga Firaun yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya sehingga sanggup memaksa rakyatnya supaya menyembahnya dan akhirnya setelah lima ratus tahun memerintah, dia menemui ajalnya apabila ditelan Laut Merah. Seorang lagi diktator yang dihina oleh Allah sebelum dan selepas kematiannya ialah Mustafa Kamal Attarturk yang memerintah Turki setelah berjaya menggulingkan empayar Islam Uthmaniyah. Memang sultan terakhir empayar Uthmaniyah terkenal dengan kelemahan dan kelalaian serta membenarkan kemungkaran yang dilakukan oleh pembesar terlindung di balik tembok istana serta terpengaruh dengan harta dunia. Namun demikian, baginda masih tidak menyekat rakyat Turki melakukan ibadat. Sebaliknya apabila Mustafa Kamal Attaturk memerintah, pelbagai halangan untuk beribadat dikenakan kepada rakyat manakala pemerintah berani melakukan maksiat seperti minum arak di majlis keraian dan sebagainya. Kamal Attarturk memansuhkan undang-undang Islam dan menggunakan undang-undang barat, menyekat rakyat Turki beribadat, mengharamkan ajaran tarikat, membunuh ribuan ulama, menutup sekolah-sekolah agama, mengarahkan seruan azan dibuat dalam bahasa Turki dan cuba mengkristiankan rakyat Turki. Inilah bentuk kezaliman Kamal Attarturk terhadap rakyat Turki yang tidak dapat dimaafkan oleh umat Islam hingga ke hari ini. Sesugguhnya Allah juga amat murka dengan kekejaman yang dilakukan olehnya. Mengikut catatan dalam geografi, menjelang saat kematianya, Kamal Attaturk mengalami penderitaan dan seksaan yang todak kurang hebatnya seperti Namrud dan Firaun.
AYAT YANG MEMBUNUH JIN IFRIT

IMAM GHAZALI MERIWAYATKAN DALAM KITABNYA,KHAWASUL QURAN PERNAH TERJADI SUATU PERISTIWA GANJIL DI BASRAH PADA SEORANG PEDAGANG BERNAMA KA'AB.SESAMPAINYA DI SANA BELIAU MENCARI TEMPAT UNTUK MENGINAP,NAMUN BEGITU SEMUA TEMPAT TELAH PENUH KECUALI SATU RUMAH USANG.BELIAU BERJUMPALAH DENGAN TUAN RUMAH TERSEBUT.KATA TUAN RUMAH ITU BAHAWA RUMAH ITU SEDIKIT ANEH KERANA MUNGKIN DIDIAMI JIN IFRIT DAN MEMBENARKAN KA'AB TINGGAL TANPA BAYARAN.PADA 2/3 MALAM PERTAMA KA'AB NAMPAK SUATU LEMBAGA HITAM BERMATA MERAH DATAMG KEPADANYA.DIA PUN ME,MBACA AYAT QURSI DAN DARI AWAL HINGGA AKHIR.SETIAP BACAAN KA'AB TELAH DIIKUT OLEH JIN ITU KECUALI PADA AYAT TERAKHIR.KA'AB MERASA HAIRAN LALU MENGULANG-ULANG BACAAN ITU.SEKETIKA ITU BELIAU TERCIUM BAU BENDA TERBAKAR.KEESOKKAN HARINYA APABILA DIA SEDAR DIA MEDAPATI ADA ABU DI SUDUT RUMAH ITU.DISAAT ITU KEDENGARAN SUARA,"WAHAI KA'AB KAU TELAH MEMBAKAR JIN IFRIT ",KA'AB BERTANYA DENGAN APA DIA MEMBUNUHNYA LALU JAWAB SUARA ITU,"DENGAN AYAT QURAN IAITU AYAT TERAKHIR AYAT QURSI"

Balik Ke Indeks Risalah Jumaat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan