Risalah Jumaat

Risalah Jumaat
Membangun Bersama Islam
Bil.4
internet edition

Dari Meja Pengarang

Assalammualaikum W.b.

Sidang pembaca sekalian. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan salam sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , para anbiyaa' dan mereka yang mengikut mereka hingga Hari Qiamat Kita kini menerjah ke alam teknologi maklumat di mana maklumat boleh diperolehi hanya dengan sentuhan hujung jari . Dalam menerjah ke alam yang serba canggih ini, kita perlu sentiasa bersedia rohani dan mental bagi menghadapi cabaran alaf baru.teknologi maklumat sebenar merupakan satu medan jihad dan saluran dakwah . lantaran itu, kita perlu mengambil inisiatif tertentu bagi menyebarkan islam secara global ke seluruh dunia melalui pelbagai saluran dengan efisien. Perkara ini adalah tidak absurb kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh itu, sebagai umat Islam masa kini, kita perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu bagi menghadapi musuh-musuh Islam dalam menyebarkan risalah Islam.

Muzakarah Adab

ADAB DI DALAM MAJLIS

  • Jangan menyandar.
  • Menumpukan perhatian pada majlis.
  • Jangan membuat bising.
  • Hormati majlis.
  • Tidak bercakap tentang hal dunia di dalam majlis ilmu.
PERISTIWA-PERISTIWA NGERI DAN KEJAM

Pada tahun 1199 M (595 H), Abu Abdullah Zaghal telah mengambil alih pemerintahan negeri Granada. Beliau mencuba sedaya-upaya untuk mengikis pengaruh kristian yang semakin berkembang di negeri itu. Malang baginya, anak saudaranya Abu Abdullah Muhammad telah mengadakan pakatan sulit dengan raja kristian iaitu Ferdinand. Dengan bantuan Ferdinand, beliau berjaya merampas sebahagian besar wilayah Islam. Dengan perpecahan ini menjadikan Granada semakin lemah. Raja Ferdinand mengambil kesempatan ini untuk menyerang Granada. Kepungan ke atas Granada oleh askar-askar Kristian telah melunturkan semangat Abu Abdullah Muhammad, lalu ia pun menyerah kalah kepada pihak Kristian pada 2 Rabiulawal 897. Abu Abdullah lari meninggalkan Granada dalam keadaan yang memalukan selepas kehilangan negerinya. Menangislah ia dengan bersungguh-sungguh dan berkatalah ibunya kepadanya," Kenapa sekarang kamu menangis seperti wanita pengecut kerana kehilangan negerimu sedangkan kamu tidak berupaya mempertahankannya seperti lelaki yang berani?" Setelah melarikan diri dari Sepanyol, Abu Abdullah pergi ke Afrika sehinggalah beliau meninggal di sana dalam keadaan yang daif. Selepas mengusir orang Islam dari Sepanyol, pihak Kristian melancarkan tindakan balas-dendam ke atas orang Islam yang tinggal. Kekejaman yang mereka lakukan tiada bandingannya dalam sejarah manusia. Ribuan orang Islam telah dibunuh, mereka yang terselamat akan dipaksa memeluk agama Kristian. Hanya segelintir umat Islam berjaya melepaskan diri ke Afrika Utara. Buku-buku ilmuan Islam yang begitu banyak telah dibakar oleh pihak Kristian. Membakar dan mencemar rumah menjadi perkara biasa dan beberapa tugu Islam telah dirobohkan. Demikianlah pihak Kristian merayakan kemenangan mereka dengan melakukan kekejaman yang berkemuncak serta menghapuskan kesan dan tinggalan musuh iaitu Islam. Orang-orang Islam di Sepanyol telah menerima hukuman akibat dari kelalaian mereka terhadap Al-Qur'an dan Sunnah.
IBN SIRIN - PAKAR MIMPI

Seorang lelaki telah bermimpi yang membuatkannya runsing serta sentiasa merasa gelisah.Lama ia berfikir tentang maksud mmimpinya itu namun masih tiada jawapan. Setelah akal dan fikirannya menjadi buntu, maka pergilah ia kepada Ibnu Sirin iaitu seorang ulama' yang mahir dalam menafsirkan mimpi bagi menghuraikan maksud mimpi yang menghantui fikirannya selama ini.Berkata lelaki ini,''Pada malam sebelumnya aku telah bermimpi meletakkan kedua kakiku pada muka Rasulullah.Pada perkiraan ilmumu adakah ia membawa sebarang maksud?''Setelah berfikir sebentar Ibnu Sirin pun bertanya,''Adakah kamu tidur dengan mmemakai kasut?''Jawab lelaki ini,''Ya,memang benar aku tidur dengan memakai kasut.''''Jika begitu cuba kamu tanggalkan kasutmu itu dan lihat apa yang ada didalamnya,''Balas Ibnu Sirin.Lelaki ini terus membuka kasutnya dan ia mendapati memang benar apa yang dikatakan oleh Ibnu Sirin.Ternyata didalam kasutnya ada duit syiling yang bertuliskan dua kalimah syahadah.''Itulah puncanya,''Tegur Ibnu Sirin.

Balik Ke Indeks Risalah Jumaat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan