Make your own free website on Tripod.com

Karya Pelajar

Puisi

Semua Untuk Satu,
Satu Untuk Semua

Sekian lama mereka bertahan,
kepahitan dan kesempitan,
penghinaan dan juga penindasan,
berakhir dengan satu kegemilangan.

Suatu masa dahulu,
anak muda yang hina seperti bangkai bernyawa,
anak kecil terbiar seperti anjing liar,
bapa yang daif bersifat pasif,
ibu yang malang membanting tulang,
Tenggelamlah masyarakat yang kian malap.

Dinihari,
mereka mulai sedar setelah ditampar,
oleh satu kesengsaraan yang panjang,
kini mereka sudah pandai berprinsip,
Semua untuk satu,
Satu untuk semua,
menggerakkan kembali bersama,
satu cara hidup yang sudah lama terbiar,
umpama artifak primitif.

Kini,
anak muda berwawasan melakar satu kegemilangan,
anak kecil berpotensi membuka suatu dimensi,
bapa yang aktif mencipta masyarakat kreatif,
ibu pemberi ingatan menjana suatu pemikiran,
mereka berpimpinan tangan menuju ke hadapan,
Berlandaskan satu tujuan dan harapan,
mengotakan satu impian,
umat sejahtera berakhlak mulia,
merencanakan suatu perjuangan,
menggegakan seluruh tumpuan,
menumpaskan tamadun yang sesat,
membina empayar baru.

Merekalah,
masyarakat sejahtera yang menjalankan,
tanggungjawab BERSAMA...

*Hazim Faizi Siddiq*

Balik Ke Muka Puisi...



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan