Risalah Amal - internet edition

BERSUCI

Najis dan Cara Menyucikannya

Pengertian Bersuci
Maksud bersuci ialah membersihkan diri, tubuh badan, pakaian dan tempat daripada hadas kecil dan hadas besar atau daripada sebarang najis dan kekotoran

Jenis-jenis Najis

  • Najis Mukhaffafah
    Air kencing kanak-kanak lelaki di bawah umur dua tahun yang hanya meminum air susu ibunya sahaja.
  • Najis Mutawassitah
    Najis yang selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah termasuklah seperti tahi, nanah, bangkai, air kencing, darah, dan sebagainya .
  • Najis Mughallazah
    Anjing, babi dan keturunannya termasuklah tahinya, darahnya, air liurnya, tulangnya, dagingnya dan sebagainya.
Cara Menyucikan Najis
  • Najis Mukhaffafah
    Memadai dengan memercikkan air mutlak ke atas tempat itu setelah dilap dahulu.
  • Najis Mutawassitah
    Najis tersebut dihilangkan dahulu kemudian dibasuh dengan air mutlak sehingga hilang baunya, warnanya,rupa, dan rasanya.
  • Najis Mughallazah
    Dibasuh enam kali dengan air mutlak dan sekali dengan air bercampur tanah.

Beristinjak

Pengertian Istinjak
Menyucikan najis yang keluar dari qubul dan dubur selepas membuang air kecil air besar dan hukumnya wajib.


Alat-alat untuk Beristinjak

Alat-alat untuk Beristinjak

Alat- alat Harus

Alat-alat Haram

  • Air mutlak seperti air sungai,
  • air telaga , air embun dan
  • sebagainya.
  • Benda-benda keras dan kesat

    seperti batu,kertas,daun kering

    dan sebagainya.

  • Bahan makanan .
  • Tulang-tulang.
  • Benda yang tertulis dengan

    nama Allah, nabi dan ayat

    Al-Quran

 

Cara-cara Beristinjak

  • Membasuh tempat keluar najis dengan air mutlak sehingga suci.
  • Membersihkan qubul dan dubur dengan alat-alat yang diharuskan sebanyak tiga kali.Jika tidak suci lagi diulang-ulang sehingga suci
  • Cara terbaik ialah dengan menyucikan najis dengan benda-benda kesat kemudian di basuh pula dengan air sehingga suci. Selepas itu sunnat membaca :-




    “ Ya Allah, bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran. ”



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan