|
Markaz BDK
Masjid atau rumah Allah merupakan suatu tempat suci bagi umat Islam sebagi pusat untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan rohani, sosial, ekonomi, mahupun politik.Ini terbukti melalui pembinaan masjid sebagi nadi kehidupan setibany Nabi Muhammad SAW ke kota Madinah.Di Madinah pada waktu itu, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadah kepada Allah malah menjadi pusat segala aktiviti kehidupan.Masjid menjadi tempat umat Islam berhimpun , sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu , pusat pentadbiran pusat ekonomi dan sebagainya.Ini menunjukkan keistimewaan masjid sebagi nadi sesebuah kawasan.
Namun begitu , dewasa ini kita lihat masjid tidak lagi memainkan peranan seperti di zaman Rasulullah SAW .Masjid kini hanya menjadi tempat beribadah semata-mata dan kian hari semakin jarang dikunjungi terutamanya ketika masuk waktu solat fardhu.Fenomena ini sebenarnya perlu dibenteras kerana masjid atau rumah Allah ini menjadi sumber dan asas kekuatan Umat Islam di sesuatu kawasan.
Masjid atau rumah Allah merupakan pusat penyebaran dakwah dan pusat segala aktiviti yang menjurus ke arah kebaikkan.Oleh itu , seharusnya institusi masjid ini dipelihara dan dijaga bersama.Kita perlu bersama-sama menghidupkan masjid dan mengimarahkannya sebagai pusat kegiatan bagi Umat Islam.
Selaras dengan itu Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu telah mesjadikan rumah Allah ini sebagi puasat kegiatan dakwahnya dalam usaha mengimarahkan dan mewujudkan iklim dini di sekolah ini.
|