![]() Karya Pelajar Puisi AL-QURAN Manusia tetap dengan keegoannya, Manusia tetap diselubungi kealpaan, Mengejar nikmat yang sementara, Menjadi hamba nafsu dan syaitan, Mencabul keamanan dan kesejahteraan, Membiar mereka yang lemah mengapai-gapai, Kerana ingin menguasai dunia. Diwahyukanlah Al-Quran, Al-Quran sebagai pembela, Pemberi petunjuk dan pedoman, Pembawa rahmat dan keberkatan, Bagi mengeluarkan manusia dari kegelapan, Membawa sinar ketenangan dan kesejahteraan, Sebagai pembentuk tamadun yang unggul, Agar manusia kembali hidup bersatu, Bertaasusila dan berakhlak mulia, Hingga terbentuk kerajaan Islam pertama.
Oleh itu, Wahai ikhwan sekalian, Hendaklahkita kembali kepada Al- Quran,Kerana sabda nabi " Sesiapa berpegang teguh kepadanya, selamanya tidak akan sesat" kembalilah membasahi diri dengan ayat suci Al-Quran, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, menyebarkannya ke pelusok alam, agar kota kesejahteraan, yang telah lama terkubur, kembali teguh di bawah naungan Al-Quran, agar lautan ketenangan, kembali membiru membasahi hati, agar pokok keharmonian, kembali tumbuh menyinari insan, kerana hanya dengan Al-Quran, kesejahteraan dapat dibina, kerana Al-Quran teras kesejahteraan.
|
Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan