![]() Sekapur Sirih Kata alu-aluan EXCO Pentasi 2000 Pertama-tamanya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, tuhan alam semesta yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dan telah memberi kita kesempatan ini untuk berbicara. Menjelang era globalisasi,kita menerjah ke satu lembah teknologi maklumat yang menjanjikan satu cabaran yang getir buat kita umat Islam bagi menghadapi pelbagai cabaran daripada golongan kafir yang tidak henti-henti menyerang serta cuba memupuskan umat Islam di muka bumi.Sesungguhnya cabaran dakwah di era ini perlulah dimantapkan selaras dengan arus perdana yang kian rancak meniti zaman.Lantaran itu memikirkan keperluan dakwah yang perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini,kami Syukbah Penerbitan dan Dokumentasi di bawah kelolaan Badan Dakwah Dan Kepimpinan SMAPL telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan aktiviti dakwah bukan sahaja di dalam SMAPL malah membatasi sempadan benua dengan harapan agar Islam akan terus berkembang di bumi SMAP sendiri dan seterusnya di seluruh muka bumi sebagai salah satu usaha mengislamkan bumi sebagai satu gerakan islamisasi. Diharapkan agar usaha yang telah diambil bakal menempa suatu kejayaan bagi memastikan perjuangan menyebarkan Islam akan terus mantap dan efektif seterusnya mencapai matlamat suci murni menjadikan Islam sebagai agama rasmi dunia.Semoga usaha ini dirahmati Allah hendaknya.
Editasi |
Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan