Syukbah Musolla dan Hal Ehwal Ibadah

   Syukbah Musolla dan Hal Ehwal Ibadah atau nama ringkasnya Syumul diasakan bagi mengendalikan urusan-urusan khusus yang berkaitan dengan kegiatan dan pengurusan di Musolla baik Musolla Al Mustaqim mahupun Musolla Al Hidayah Syukbah ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ibadah yang dijalankan di kedua-dua musolla tersebut dengan kerjasama daripada Syukbah-syukbah lain yang telah diberikan tugas mengendalikan program-program tertentu setiap hari



   Syukbah ini bertanggungjawab untuk menguruskan musolla untuk digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti rohani setiap hari seperti contoh menguruskan solat berjemaah setiap hari, menguruskan Solat Jumaat, mnguruskan program penghayatan ilmu dan pelbagai aktiviti lain



   Selain itu Syumul bertanggungjawab untuk memastikan musolla sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa serta sesuai untuk menjalankan aktiviti -aktiviti berteraskan iklim dini,memastikan sistem pembesar suara berfungsi dengan baik dan sebagainya



   Syumul juga bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran segala aktiviti ibadah terutamanya solat berjemaah berjalan dengan lancar.Ini dilakukan dengan kerjasama daripada syukbah-syukbah lain.



   Syukbah ini memainkan peranan yang penting dalam BDK .Oleh itu diharap semua ajk Syumul akan bekerja keras dalam memastikan kelancaran Syukbah ini.



Saf Kepimpinan Syukbah Musolla 2000



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan