Syukbah Usrah Dan Tarbiyah

   Syukbah Usrah dan Tarbiyah atau nama ringkasnya Syukur telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan usrah , ta'lim, tazkirah dan pelbagai aktiviti dalam bentuk kelompok Syukbah ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti usrah umum dan usrah kelompok pada setiap hari Selasa malam Rabu di antara Maghrib dan Isya' disamping mengendalikan aktiviti-aktiviti bersama dengan syukbah-syukbah lain



   Syukbah ini bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut dengan memastikan bahawa tidak berlaku penyelewengan dalam tazkirah yang diberikan , menyediakan bahan-bahan untuk tazkirah, membahagikan pelajar ke dalam kelompok-kelompok usrah yang kecil dan sebagainya



   Selain itu Syukur bertanggungjawab untuk memastikan majlis usrah dan ta'lim selepas solat Subuh dan selepas solat Asar di adakan seperti biasa dan di hadiri oleh pelajar-pelajar serta memantau perjalanan majlis-majlis tersebut



   Syukur juga bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran segala aktiviti berkaitan terutamanya aktiviti usrah berjalan dengan lancar.Ini dilakukan dengan kerjasama daripada syukbah-syukbah lain.



   Seperti syukbah-syukbah lain,syukbah ini memainkan peranan yang penting dalam BDK .Oleh itu diharap semua ajk Syumul akan bekerja keras dalam memastikan kelancaran Syukbah ini.

PENGENALAN PROGRAM USRAH



Pendahuluan
Dalam konteks mewujudkan generasi Rabbani,program usrah merupakan wadah terbaik untuk menjayakannya. Selain itu untuk mewujudkan suasana cintakan ilmu, program ini juga pembentuk sahsiah, akhlak dan peribadi yang mapan. Selaras dengan motto sekolah, Iklim Dini Teras Kecemerlangan, program usrah ihi haru dilaksanakan mengikut etika dan adab yang sewajarnya selaras dengan biah Islamiah bagi mendatangkan kesan yang berpanjangan. Semoga program ini menjadi mungkin kepada Iklim dini dan geneasi rabbani.


NAMA PROGRAM

  • Progrm Usrah Kelompok
  • Program Usrah Umum
  • Kuliah Tafaqquh Fiddin


  • Saf Kepimpinan Syukbah Usrah 2000



    Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

    Laman ini paling afdhal dilayari
    menggunakan