Syukbah Pembangunan Ekonomi

   Syukbah Pembangunan Ekonomi atau nama ringkasnya Syukom memainkan peranan penting sebagai sumber kewangan utama BDK disamping mengendalikan urusan-urusan khusus berkaitan ekonomi Badan Dakwah dan Kepimpinanan Disamping menjalankan aktiviti jual beli , Syukbah ini juga bertanggungjawab untuk memupuk sikap jual beli secara halal dan sah dikalangan pelajar pelajar serta mengendalikan aktiviti khusus seperti syukbah-syukbah lain



   Syukbah ini bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan pembangunan ekonomi BDK dengan menjalankan urus niaga dalam Ringgit Malaysia iaitu dengan menjual pelbagai barangan untuk pelajar bagi mendapatkan sumber kewangan yang bakal digunakan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti BDK



   Selain itu Syukom bertanggungjawab untuk mengadakan jualan gerai khas bersempena dengan sambutan-sambutan khas bersempena dengan hari kebesaran Islam dengan kerjasama syukbah lain



   Syukbah Ekonomi sentiasa mengadakan kerjasama erat dengan syukbah-sykbah lain bagi memastikan kelancaran syukbah tersebut.



   Syukbah ini menjadi sumber ekonomi terpenting BDK .Oleh itu diharap semua ajk Syukom akan bekerja keras dalam memastikan kelancaran Syukbah ini.



Saf Kepimpinan Syukbah Musolla 2000



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan