Syukbah Kebajikan.

   Syukbah Kebajikan memainkan peranan penting dalam urusan-urusan khusus yang berkaitan dengan kebajikan Syukbah ini bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan di sekolah dengan kerjasama daripada Syukbah-syukbah lain dan menguruskan aktiviti BDK tertentu seperti yang telah diberikan tugas untuk mengendalikan program-program tertentu setiap hari



   Syukbah ini bertanggungjawab untuk mengendalikan program-program kebajikan untuk pelajar dan seluruh warga SMAPL dan juga bagi mereka yang memerlukan pertolongan seperti contoh orang asli dan mangsa peperangan di Ambon



   Selain itu Syukbah Kebajikan bertanggungjawab untuk mengumpul derma kilat bersempena dengan sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba , mengumpulkan derma untuk kebajikan pelajar, mengumpulkan derma setiap hari Jumaat , menjalankan aktiviti-aktiviti sosial seperti bergotong-royong,membersihkan kawasan sekitar dan sebagainya



   Syukbah ini bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran segala aktiviti tersebut dengan kerjasama daripada syukbah-syukbah lain.



   Syukbah ini memainkan peranan yang penting dalam BDK .Oleh itu diharap semua ajk Syukbah Kebajikan akan bekerja keras dalam memastikan kelancaran Syukbah ini.



Saf Kepimpinan Syukbah Kebajikan 2000



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan