Syukbah Penerbitan Dan Dokumentasi-Penerbitan PENTASI-

Jauh menerjah ke era globalisasi dimana teknologi maklumat menjadi tunjang utama kehidupan kita seharian , era dunia tanpa sempadan ini sesungguhnya menjanjikan suatu cabaran yang getir yang perlu dihadapi dan dipikul oleh semua umat Islam di seluruh dunia ini. Dalam era serba moden dan canggih ini, bidang penyebaran maklumat adalah suatu yang penting dalam kehidupan.Maklumat perlu disebarkan dengan tepat , cepat dan berkesan.



Dengan perkembangan yang memberangsang ini, seruan dakwah juga perlu mengalir selari dengan arus perdana yang kian rancak meniti zaman abad ke-21.Seruan dakwah perlu diperhebatkan dan diperluaskan menggunakan segala teknologi yang ada dan melalui pelbagai media massa yang kian hari kian canggih sebagai contoh media cetak dan media elektronik.



Menyedari hakikat ini , maka lahirlah Syukbah Penerbitan Dan Dokumentasi atau lebih dikenali dengan nama dagangnya Penerbitan PENTASI.Di era ini ,syukbah tersebut memikul tanggungjawab penting dan berat bagi meluaskan penyebaran dakwah melalui pelbagai saluran media massa seperti contoh media cetak dan juga yang terbaru melalui media elaektronik.Pada dasarnya ,Pentasi ditubuhkan sebagai sebuah syukbah yang berfungsi untuk menyebarkan dakwah melalui pelbagai kaedah selain daripada menggunakan lisan dan tugas ini telah sekian lama dipraktikkan oleh syukbah tersebut yang kian hari kian mencipta nama di bidang penerbitan. Ini dibantu oleh pelbagai alat sebaran umum yang kian canggih setiap hari .



Hasil gemblingan dan usaha gigih sidang Penerbitan Pentasi telah berjaya menerbitkan pelbagai risalah, hilal dan pelbagai bahan cetak untuk dimanfaatkan oleh para warga SMAPL dan umat Islam secara tidak langsung.Selain itu , Pentasi juga telah berjaya melancarkan laman web ini hasil kegigihan dan kepakaran yang ada dalam sidang Penerbitan PENTASI yang dipilih dari kalangan mereka yang berkaliber dan mempunyai kemahiran yang tertentu bagi memastikan kelancaran syukbah ini dan memantapkan penyebaran dakwah di era serba moden ini.Ini sekaligus dapat melatih sidang Penerbitan PENTASI bagi menghadapi cabaran yang bakal menjadi dihadapi nanti.



Syukbah ini juga mengadakan kerjasama erat dengan syukbah-syukbah lain bagi memastikan kelancaran dan keberkesanannya menyampaikan dakwah di seluruh bumi ini.



Selain itu , syukbah ini juga menjadi salah satu sumber kewangan bagi Badan Dakwah dan Kepimpinan 2000 hasil usaha syukbah ini menggunakan modal jualan bahan-bahan cetak .Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli pelbagai bahan untuk kegunaan syukbah seperti kertas, dakwat dan sebagainya di samping untuk kegunaan badan induk untuk menjalankan aktiviti.



Pada tahun ini , Pentasi terus mencipta nama di bumi SMAPL dengan menjadi syukbah terbaik pada tahun ini dan hasil usaha mereka menerbitkan pelbagai bahan sebaran umum setiap bulan malah setiap minggu.Walaupun kehadiran syukbah ini agal malap pada tahun-tahun sebelum ini , namun melangkah ke era abad ke-21 ini syukbah ini telah berjaya bangkit dan terus mencipta nama untuk mencapai kegemilangannya.Ini menjadi suatu petanda yang baik bagi perkembangan seruan dakwah di masa hadapan.



Sidang Penerbitan PENTASI 2000 diketuai oleh seorang yang bercita-cita tinggi dan gigih serta komited dengan tugasnya dan dibantu oleh penolongnya yang juga seorang yang berkaliber ,bertanggungjawab serta mempunyai pengalaman sebagai bekas penolong ketua editor Ilham.Mereka dibantu oleh barisan ajk yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti contoh dalam bidang teknologi makluamt , bidang seni ,bidang sumber maklumat dan sebagainya.Hasil kesatuan dan kegigihan serta kerjasama sidang penerbitan ini yang sanggup berkorban dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab maka mereka telah berjaya membentuk suatu sidang gerak kerja yang mantap dan efektif.Ini terbukti dan diakui oleh seluruh warga SMAPL.Selain itu , mereka juga dibantu oleh guru penasihat mereka yang telah benyak berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kami dapat menjalankan tugas dengan baik.Hasil daripada bantuan seluruh warga SMAPL juga tidak dapat dinafikan.



Diharapkan agar syukbah ini terus unggul meniti zaman yang kian maju saban hari ini dan dapat bergerak selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin rancak.Mungkin suatu hari nanti kita berharap agar Sidang Penerbitan PENTASI 2000 akan berkumpul untuk membentuk suatu sidang Penerbitan PENTASI yang berdaftar untuk terus menyebarkan seruan dakwah bukan sahaja di bumi SMAPL lah di seluruh negara dan dunia .Insya Allah kita berharap agar harapan ini tercapai demi kemajuan Islam suatu hari nanti...



Galeri Syukbah Penerbitan



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan