Make your own free website on Tripod.com
<

Risalah Amal - internet edition

Puasa

Ibadah Puasa

Pengertian
Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta daripada segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Rukun Puasa

  • Niat di waktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa
  • Menahan diri dari makan dan minum,bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Syarat Sah Puasa
  • Beragama Islam.Orang kafir tidak sah puasanya
  • Suci dari haid dan nifas.
  • Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak(tahu membezakan yang mana baik dan yang man buruk)

Sunnat Puasa

  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Berbuka dengan kurma atau air susu atau dengan makan yang manis-manis
  • Melewat-lewatkan sahur
  • Jauhi perkara tercela dan perkara yang sia-sia seperti bergaduh,mengumpat.
  • Membuat amalan sunnat seperti membaca Al-Quran,berzikir dan berdoa.
  • Membanyakkan sedekah dan mngawal hawa nafsu daripada perkara tidak elok

Batal Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja jika terlupa di maafkan
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.
  • Muntah dengan sengaja atau memasukkan sesuatu dalam rongga seperti hidung.
  • Datang haid atau keluar air mani dengan sengaja.Jika termimipi dimaafkan

Hikmah Puasa

  • Melatih diri menjadi orang yang beriman dan dekat dengan Allah
  • Menginsafkan diri dari segala perkara yang buruk dan menimbulkan belas kasihan
  • Tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah mengurniakan pelbagai nikmat
  • Menyihatkan badan dan menghindarkan diri daripada penyakit agar badan sihat
  • Melatih kita supaya bersifat dengan sifat terpuji seperti bersabar,amanah ,dan tabah
  • Mensucikan diri dan menigkatkan keikhlasan hati dalam beribadat kepada Allah.
  • Memelihara diri daripada terjerumus kelembah maksiat dan kearah kejahatan.



Hukum Berpuasa

Hukum Berpuasa

Haram

Sunnat

Wajib

  • Hari Raya Puasa
  • Hari Raya Haji
  • Hari-hari tasyrik (11, 12, & 13 Zulhijjah)
  • Hari 30 Syaaban
  • Puasa 6 hari pada Sywal
  • Puasa Hari Arafah
  • Puasa 10 Muharam
  • Puasa pada 13,14,& 15 setiap bulan hijrah
  • Puasa Isnin & Khamis
  • Puasa dalam bulanRejab,SyabanMuharram,Zulhijjah& Zulkaedah
    • Puasa bulan Ramadan
    • Puasa Nazar
    • Puasa Qada’

     



    Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

    Laman ini paling afdhal dilayari
    menggunakan