Sekapur Sirih

Kata alu-aluan EXCO Pentasi 2000

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, tuhan alam semesta yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dan telah memberi kita kesempatan ini untuk berbicara.

Menjelang era globalisasi,kita menerjah ke satu lembah teknologi maklumat yang menjanjikan satu cabaran yang getir buat kita umat Islam bagi menghadapi pelbagai cabaran daripada golongan kafir yang tidak henti-henti menyerang serta cuba memupuskan umat Islam di muka bumi.Sesungguhnya cabaran dakwah di era ini perlulah dimantapkan selaras dengan arus perdana yang kian rancak meniti zaman.Lantaran itu memikirkan keperluan dakwah yang perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini,kami Syukbah Penerbitan dan Dokumentasi di bawah kelolaan Badan Dakwah Dan Kepimpinan SMAPL telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan aktiviti dakwah bukan sahaja di dalam SMAPL malah membatasi sempadan benua dengan harapan agar Islam akan terus berkembang di bumi SMAP sendiri dan seterusnya di seluruh muka bumi sebagai salah satu usaha mengislamkan bumi sebagai satu gerakan islamisasi.

Diharapkan agar usaha yang telah diambil bakal menempa suatu kejayaan bagi memastikan perjuangan menyebarkan Islam akan terus mantap dan efektif seterusnya mencapai matlamat suci murni menjadikan Islam sebagai agama rasmi dunia.Semoga usaha ini dirahmati Allah hendaknya.

Editasi
editor_pentasi@waumail.com

Balik ke Sekapur Sirih...



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan