Fikrah - internet edition

FikrahMaju Bersama Islam

-internet edition- Bil.1

Detik Sakaratulmaut

Kematian adalah sesuatu yang menakutkan tetapi detik itu pasti ditempuhi oleh setiap orang.Sudah menjadi 'Sunnatullah' dari Allah, hendak menjadikan sesuatu itu dengan sebab-sebab yang tertentu. Adakala kematian disebabkan oleh sakit, dilanggar kenderaan, bunuh diri, mati disebabkan peperangan dan berbagai lagi bentuk atau cara manusia menemui kematiannya. Didalam Al-Quran Allah ada berfirman yang bermaksud: "Setiap yang ada diatas muka bumi ini akan binasa dan yang kekal hanyalah zat tuhan yang Maha Mulia dan Maha Besar." (Ar Rahman : 27) Bermaksud "Setiap yang bernyawa akan menemui kematian." (Al Anbia : 35) Bermaksud: "Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu." (Al Jum'ah : 8) Diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w., bahawa baginda bersabda yang bermaksud: "Roh orang-orang mukmn itu tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di syurga, dan roh orang kafir tidak akan keluar dia melihat tempatnya dineraka. Mereka(para sahabat) sama˛ berkata: Ya Rasulullah, bagaimana orang mukmin dapat melihat tempatnya di syurga dan orang kafir dapat melihat tempatnya di neraka?Rasulullah menjawab "Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan Malaikat Jaibril dengan sebaik-baik rupa yang mempunyai 600 sayap. Diantara sayap˛ itu terdapat 2 sayap berwarna hijau, seperti sayap burung Kasuari. Apabila dia mengembangkan sayap˛ nya, maka meliputi apa˛ yang terdapat diantara langit dan bumi.Disayap yang kanan, terdapat gambaran syurga dengan apa˛ yang terdapat didalamnya: bidadari,istana,kamar˛ bertingkat, para khadim,para pembantu dan anak˛. Disayap kiri terdapat gambaran neraka: kalajenking,kamar˛ rendah, dan malaikat Zabaniyyah. Apabila ajal seseorang hamba telah tiba,masuklah sekelompok malaikat dalam urat˛nya serta menyerap rohnya melalui telapak kakinya sampai kelutut. Kemudian keluar.Masuklah kelompok lain lalu menyerap rohnya dari lutut hingga kepusat.Masuk pula kelompok yang ketiga lalu menyerap rohnya dari pusat perutnya hingga dada lalu keluar.Masuk pula kelompok keempat lalu menyerap rohnya dari dada hingga tenggoroknya. Berbahagialah untuk orang yang kuburnya menjadi Tamansari syurga dan celakalah orang yang kuburnya merupakan liang dari pelbagai liang neraka...

Muka Utama Fikrah



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan