Fikrah - internet edition

FikrahMaju Bersama Islam

-internet edition- Bil.1

Anak Mengajar Bapa

Diriwayatkan semasa Abu Taifur b. Isa Surusyan Al-Bustami (beliau adalah seorang sufi dilahirkan di bahagian Timur Laut Parsi) masih kanak-kanak dan pada suatu malam bila ia terkejut dari tidurnya, ia melihat ayahnya sedang solat . Bertanya dia kepada ayahnya ," Bagaimanakah caranya untuk mengambil wuduk, tunjuklah aku, aku ingin solat bersama ayah."Jawab ayahnya," wahai anakku, kau masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi, adalah lebih baik kau masuk tidur,"

"Baiklah ayah !Tetapi di akhirat kelak ayah pasti tidak akan terlepas dari keputusan tuhan." " Keputusan apa?" tanya ayahnya terpinga-pinga. Balas anaknya" Saya akan mengadu kepada tuhan, wahai tuhanku! aku meminta ayahku mengajari aku mengambil wuduk tetapi ia sebaliknya menyuruh aku agar masuk tidur kerana menganggap aku masih kecil lagi." " Jangan nak, demi Allah aku akan mengajar kamu cara berwuduk dan selepas itu kita akan menunaikan solat sunat bersama-sama," pintas ayahnya.

Muka Utama Fikrah



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan