Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

PERISTIWA

Peristiwa Semasa Isra' dan Mikraj

Kenderaan Buraq telah dibawakan kepada Rasulullah, sedang ia adalah binatang berwarna putih, bentuknya lebih besar sedikit daripada keldai dan kecil dari baghal, kakinya diletakkan di hujung buntutnya. Rasulullah mengenderainya hingga sampai di Baitul-Maqdis.Rasulullah mengikat tali ikatan kenderaan itu di tempat -tempat di mana para-para nabi mengikat kenderaan masing-masing. Kemudian Rasulullah pun masuk ke dalam masjid itu dan bersembahyang dua rakaat kemudian Rasulullah keluar sedang Jibril datang mendapati Rasulullah dan di tangannya ada dua bekas, satu berisi khamar, satu lagi berisi susu. Rasulullah memilih bekas yang berisi susu.

Rasulullah dibawa naik dari lapisan langit yang pertama hingga lapisan langit yang ketujuh. Sepanjang perjalanannya, Baginda berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu iitu Nabi Adam, Yahya, Isa, Yusof, Idris, Harun, Musa, dan Nabi Ibrahim.

Dari situ Rasulullah seorang diri pergi ke Sidratul-Muntaha, suatu pohon yang daunnya selebar telinga gajah dan buahnya berjuntai-juntai seperti di atas para-para. Adakala pohon ini ditutup dengan perintah Allah apa yang menutupnya.Maka tiada siapa yang sanggup mensifatkan keindahannya. Maka di situlah Allah mewahyukan apa yang hendak diwahyukan. Dia menfardhukan keatas Rasululah sebanyak 50 solat pada siang dan malam. Rasulullah pun turun dari situ dan sampai ke tempat Musa lalu ia berkata kepada Rasulullah “ Apakah yang difardhukan oleh Tuhan keatas umatmu?” Jawab Rasulullah “ 50 solat siang dan malam.” Berkata Musa “ Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah diringankan kerana umatmu pasti tak bisa menanggung”. Maka Rasulullah berulang alik hingga Allah mengurangkan hingga 5 solat sahaja sehari semalam. Lalu Allah berfirman: “Wahai Muhammad ! Itulah lima solat sehari semalam, pada satu tiap-tiapnya dikira 10 kesemuanya, menjadi 50 solat. Barangsiapa berita-cita untuk membuat kebjikan, maka dicatit baginya satu kebajikan, dan jika ia melaksanakan kebajikan itu maka dicatit baginya 10 kebajikan. Dan barangsiapa yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan lalu dibatalkan cita-citanya itu tidak dicatitkan apa-apa sehingga ia melakukannya, barulah dicatit baginya satu kejahatan.”

Rasulullah pun turun hingga bertemu lagi dengan Musa dan Rasulullah memberitahunya dan Musa berkata pula “Kembalilah kepada Tuhanmu dan minta diringankan lagi, aku tahu umatmu tidak bisa menanggungnya”. Rasulullah berkata “Tidak! Aku tidak bisa kembali lagi kepada-Nya. Aku berasa malu kepadanya”.

Balik Ke Indeks Peristiwa



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan