Hilal Rejab & Sya'ban - internet edition

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pertama-tamanya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan segala rahmatnya telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tak terhinggga kepada kita.Sermoga Allah terus mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat dan sentiasa meletakkan kita di bawah lindungan-Nya di dunia dan di akhirat.

Menjelang alaf baru ini kita kini menerjah ke era globalisasi menjadikan dunia pada zahirnya mempunyai sempadan geografi namun kini sempadan itu boleh dibatasi hanya dengan sentuhan hujung jari.Penggunana teknologi maklumat sebagai tunjang globalisasi menjadikan penyebaran maklumat dapat disampaikan secara efisien, sistematik,pantas serta mudah.Namun begitu,era alaf baru ini yang sepatutnya menyaksikan kebangkitan Islam telah menyaksikan Islam semakin kecundang di mamah zaman.Perkara ini perlu difikirkan,diteliti,dan diambil perhatian secara serius oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana tanggungjawab mengibarkan panji Islam di muka bumi ini adalah tanggungjawab kita umat Islam.

Umat Islam secara kolektifnya telah lupa agama mereka.Mereka telah lupa akan amalan-amalan yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw lantaran kurangnya peghayatan dan pendedahan Islam dalam diri mereka sendiri.Jika difikirkan secara logiknya,era ini mewujudkan satu keadaan kondusif untuk menyebarkan risalah dakwah Islamiyah secara efektif dan efisien.Kemajuan sistem telekomunikasi memunggkinkan kita melakukan tugas itu degan lebih baik.

Namun begitu umat Islam kini mengejar aspek duniawi dan mengabaikan aspek ukhrawi.Ini mungkin disebabkan oleh suasana kehidupan kita yang berlandaskan sekularisme yakni memisahkan urusan agama dengan urusan dunia.Ajaran inilah yang dipelopori oleh musuh Islam yang ingin memusnahkan kita.

Kisah perjalanan di waktu malam oleh Rasulullah saw bersama Jibril pada 27 Rejab telah memaparkan kepada kita kebejatan akhlak yang bakal menimpa umat Islam dan terbukti kini ia menjadi realiti.Begitu juga peristiwa-peristiwa lain yang berlaku semasa hayat nabi saw mempunyai pengajaran dan hikamh di sebalik peristiwa itu.

Kita perlu sedar bahawa kita kini diancam,diperhati dan dimusihi oleh pelbagai pihak yang bergerak aktif di seluruh dunia dengan tujuan memupuskan umat Islam.Kita perlu sedar akhirat sudah terlalu hampir.Mungkinkah dajjal yang dimaksudkan ialah Israel yang bakal ditubuhkan,mungkinkah ya’jud dan ma’jud yang dimaksudkan ialah Amerika dan Rusia,dua kuasa besar dunia dan pelbagai tanda-tanda yang sibolik dengannya.

Oleh itu kita perlulah membentuk kembali ummah yang berteraskan tauhidiyah dan bukannya sekularisme atau nasiolisme yang boleh memecah-belahkan kita.Kita perlu memperbaiki diri kita dan bersedia untuk berjihad bagi menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.Dan ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang menolong-Nya.Semoga Allah memberkati kita semua.

Balik Ke Indeks Hilal Rejab & Sya'ban 1420



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan