SEJARAH RINGKAS AZAN

 

SEJARAH RINGKAS AZAN.

 

Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w sampai di Madinah Al-Munawarah, tiada cara yang khas boleh dilakukan untuk memanggil orang Islam untuk solat. Adakalnya Muslim disuruh melaungkan "Assolatul-Jamiah" agar semua orang dapat bersedia untuk menunaikan solat. Apabila kiblat telah betukar ke Kaabah semula, baginda telah menyuruh orang untuk melaungkan al- Azan. Hal ini adalah merupakan perkara yang penting kepada Rasulullah s.a.w. Pada mulanya baginda hampir-hampir menggunakan dua batang kayu yang dipukul antara satu sama lain untuk menyeru orang kepada solat jemaah. Baginda juga hampir-hampir menggunakan kentung seperti yang dibuat oleh orang Yahudi seperi mana yang telah dicadangkan oleh para sahabat. Rasulullah enggan menerima cadangan ini, dan akhirnya baginda mengambil keputusan untuk menggunakan loceng seperti mana yang digunakan oleh orang Nasrani. Baginda telah memerintahkan supaya disediakan locengtersebut, tetapi akhirnya baginda juga tidak melaksanakannya.

Di dalamkeadaan yang tidak menentu itu, salah seorang daripada sahabat iaitu Abdullah bin Zaid telah bermimpi bertemu seorang lelaki yang berpakaian serba hijau, telah memegang loceng. Abdullah berkata kepadanya adakah dia hendak menjual loceng itu kepadanya untuk dijadikan alat memanggil orang bersembahyang. Lantas orang itu terus mengatakan bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada menggunakan loceng.

Orang itu terus memberikan lafaz azan yang lengkap kepada Abdullah. Abdullah tersedar dari mimpinya dan terus berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah mendengar ceritanya dengan hati hati dan menyuruhnya berdiri berdekatan serta mengajar Bilal sebelum menyuruh Bilal azan buat pertama kalinya.

Didalam riwayat yang lainnya, Saidina Umar telah bermimipi untuk menyeru kaum Muslimin supaya sembahyang berjemaah tidak menggunakan loceng, malahan hendaklah menggunakan azan. Pada masa yang sama, Rasulullah turut menerima wahyu berkenaan azan. Rasulullah telah mengatakan yang wahyu telah mendahuluinya kepada Saidina Umar apabila Saidina Umar pergi bertemu rasulullah. Baginda kemudiannya menyuruh Bilal mengalunkan azan seperti man yang telah diperolehi dari Jibrail.

 

 

 

Balik Ke Indeks Kisah



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan