Musuh Nombor Satu Islam

Musuh Nombor Satu Islam

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang paling dihormati dan dipercayai oleh seluruh anggota mesyarakat Quraisy , baik sebelum dirinya diutus menjadi Rasul mehupun sesudahnya.Sebelum baginda diangkat menjadi Rasul lagi beginda telah diberikan gelaran Al-Amin yang beerti Orang yang dipercayai.Baginda mendapat gelaran itu keranakeperibadian yang indah serta memiliki budi pekerti yang mulia dan tinggi.

Anehnya beginda bukan sahaja dianggap orang paling benar oleh para sahabat dan para pengikutnya tetapi juga oleh musuh-musuh baginda termasuklah Abu Jahal , musuh Islam nombor satu.Pernah suatu ketika datang seorang sahabat Abu Jahal lalu bertanya kepadanya , "ya Abul Hakam, di sini tidak ada orang lain yang akan mendengar perbualan kita kecuali kita berdua .

Sebenarnya aku ingin tahu dari mulutmu sendiri , adakah Muhammad itu seorang yang benar atau pendusta ? " Betapa terkejutnya lelaki ini apabila Abu Jahal menjawab pertanyaannya itu dengan spontan , " Demi Tuhan ! Sesungguhnya Muhammad itu adalah seorang yang benar dan dia tidak pernah sesekali pun bercakap bohong ."

Demikianlah betapa anehnya satu-satunya musuh ketat Islam yang terang-terang mengakui lawannya itu seorang yang benar. Inilah keistimewaan Muhamm ad , baginda dianggap benar sekalipun oleh muh-musuihnya yang paling ketat.

Oleh itu marilah kita sama-sama berpegang teguh kepada apa yang di bawa oleh beginda demi kesejahteraan kita di dunia dan diakhirat .Semoga Allah memberkhati baginda dan seluruh umat baginda Insya Allah…..

Balik Ke Indeks Kisah



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan