ISTERINYA SEORANG KHUNSA,

ISTERINYA SEORANG KHUNSA,

Semasa Khalifah Ali memerintah, maka terjadilah satu peristiwa. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang perempuan yang khunsa. Si suami juga menghaadiahkan seorang jariah kepadanya. Setelah beberapa lama maka isterinya itu pun melahirkan anak. Selepas itu tidak berapa lama kemudian, timbul pula nafsu berahi wanita khunsa itu terhadap jariahnya. Akhirnya jariah itupun melahirkan anak juga.

Maasyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya dan dapat pula menjimak jariahnya. Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini, khalifah tidak ketandusan akal. Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini.

Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu daripada kanannya. Khalifah Ali lalu menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki. Alasannya kerana ketika Allah menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di syurga, Allah lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadnya. Oleh sebab itu tulang rusuk kiri Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah.

Balik Ke Indeks Kisah



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan