Surau Al Mustaqim



   Surau Al Mustaqim atau lebih dikenali sebagai Musolla Al Mustaqim menjadi nadi penting bagi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai pembentuk sahsiah dan rohani seluruh warga SMAPL dalam usaha mewujudkan iklim dini sebagai teras kehidupan di bumi SMAPL yang tercinta ini.

   Terletak di suatu kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Kedudukan ini memberikan suatu keistimewaan kepada Musolla Al Mustaqim ini dan menunjukkan peranan penting yang dimainkannya.

   Musolla Al Mustaqim ini mampu menampung seramai lebih kurang 500 orang jemaah pada setiap masa.Dengan dihiasi karpet hijau berselang jingga dan dihiasi rak-rak yang menempatkan naskah-naskah Al Quran , Musolla ini tidak pernah sunyi daripada menjadi pusat pelbagai aktiviti keagamaan dan aktiviti rohani .Laungan azan yang menghiasi ruang udara SMAPL setiap kali masuk waktu solat dan solat yang didirikan mengimarahkan lagi suasana Musolla ini.Ini ditambah dengan pelbagai aktiviti yang dikelola oleh Badan Dakwah Dan Kepimpinan yang bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana Musolla ini.

   Walaupun Musolla ini hanya mampu memuatkan pelajar putera sekolah ini, namun begitu ia sudah cukup untuk menunjukkan peranannya dan sebagai suatu simbol kebanggaan Umat Islam di seluruh dunia.

Lantaran itu, Badan Dakwah Dan Kepimpinan SMAPL telah menjadikan Musolla ini sebagai pusat kegiatan Dakwah selaras dengan peranan yang dimainkannya.Pelbagai aktiviti telah dikelola dan dirancang untuk pelajar-pelajar dan seluruh warga SMAPL .

Semoga Musolla ini terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti dan progman dalam mencari keredhaan Allah.


Balik ke laman markaz



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan