Make your own free website on Tripod.com

Risalah Jumaat

Risalah Jumaat
Membangun Bersama Islam
Bil.2
internet edition

Dari Meja Pengarang

Assalammualaikum W.b.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA NIKMAT YANG TAK TERHINGGA. RASULULLAH TELAH LAMA MENIGGALKAN KITA,NAMUN BEGITU TIDAK BERMAKNA DAKWAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH BAGINDA PERLU DINOKHTAHKAN.KITA TELAH DIBERI MANDAT DAN AMANAH BESAR MENEGAKKAN PANJI KEBENARAN DAN MERUNTUHKAN TEMBOK KEBATILAN.LANTARAN MENCAPAI NIAT YANG SUCI MURNI INI SEBAGAI UMAT DA"IE KITA PERLULAH MENANAKAN KESEDARAN DALAM DIRI DAN MENGAMBIL ALTERNATIF TERTENTU BAGI MEMPERBAIKI DIRI SUPAYA ORANG LAIN DAPAT MELIHAT KESYUMULAN ISLAM. OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA BAGKIT MENYAHUT SERUAN DAKWAH .SEKIAN

Muzakarah Adab

ADAB MEMBERI SALAM

  • MUDA KEPADA YANG TUA
  • YANG BERJALAN KEPADA YANG DUDUK
  • YANG BERKENDERAAN KEPADA YANG BERJALAN
  • YANG SEDIKIT KEPADA YANG RAMAI
  • YANG BERADA DI BELAKANG KEPADA YANG BERADA DI DEPAN
JANGAN LEMAH SEMANGAT

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : "KEMUDIAN APABILA KAMU TELAH SELESAI MENGERJAKAN SOLAT,MAKA HENDAKLAH KAMU MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH SEMASA KAMU BERDIRI ATAU DUDUK DAN SEMASA BERBARING.KEMUDIAN APABILA KAMU TELAH MERASA TENTERAM (BERADA DALAM AMAN )MAKA DIRIKANLAH SOLAT ITU(DENGAN SEMPURNA SEBAGAIMANA BIASA).SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH SUATU KETETAPAN YANG DIWAJIBKAN KEATAS ORANG-ORANG YANG BERIMAN, YANG TERTENTU (DITETAPKAN) WAKTUNYA " (SURAH AN-NISAA:103) BERZIKIR AMAT PERLU TERUTAMA KETIKA SELEPAS SOLAT, DIMEDAN PERANG SAMA ADA DALAM KEADAAN BERDIRI ,DUDUK ATAU KETIKA BERBARING .APABILA SELESAI PEPERANGAN DAN KAMU BERADA DALAM KEADAAN AMAN MAKA DIRIKAN LAH SOLAT DENGAN SEMPURNADAN MENGIKUT WAKTUNYA. SETERUSNAYA ALLAH BERFIMAN YANG BERMAKSUD: "DAN JANGANLAH KAMU LEMAH (HILANG SEMANGAT ) DALAM MEMBURU MUSUH (YANG MENCEROBOH) ITU,KERANA KALAU KAMU MENDERITA SAKIT(MATI ATAU LUKA)MAKA SESUNGGUNHNYA MEREKA PUN MENDERITA SAKITNYA SEPERTI PENDERITAAN KAMU,SEDANG KAMU PULA MENGHARAPKAN DARI ALLAH APA YANG TIDAK MEREKA HARAPKAN (IAITU BALASAN YANG BAIK PADA HARI AKHIRAT KELAK).DAN(INGATLAH) ALLAH SENTIASA MENGETAHUI,LAGI AMAT BIJAKSANA " (SURAH AN-NISA':104) WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,JANGANLAH KAMU LEMAH SEMANGAT KETIKA MENGHADAPI MUSUH ALLAH .SESETENGAH ULAMAK MENGATAKAN BAHAWA AYAT INI DITURUNKAN SEMPENA DENGAN PEPERANGAN UHUD DIMANA RASULULLAH S.A.W. MENGARAHKAN PARA SAHABATNYA MENGEJAR MUSUH SELEPAS BALIK DARI UHUD DALAM KEADAAN KELETIHAN.KESIMPULANNYA KITA HENDAKLAH SENTIASA BERSEMANGAT WAJA.
KENAPA NAFSU DEGIL

Dalam kitab karangan Uthman bin Hasan bin Ahmad, ada menceritakan bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud " wahai akal! Menghadap lah engkau, aku ingin tahu darimu siapakah Aku dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab, " Engkau adalah Tuhan yang menjadikan aku dan aku ialah hambaMu yang lemah." Setelah itu Allah memanggil nafsu tetapi ia hanya berdiam diri sehinggalah ia dipanggil sebanyak tiga kali barulah ia datang menghadap. Allah berfirman kepadanya " siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku." Allah lalu menyeksanya di neraka selama seratus tahun. Kemudian Allah mengeluarkannya untuk disoal semula. Apabila dioal semula nafsu tetap memberikan jawapan yang sama. Lalu Allah memasukkannya ke ke dalam neraka juu' selama seratus tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal. Nafsu tetap memberikan jawapan yang sama.Kemudian Allah menyuruh nafsu supaya berpuasa selama tiga hari. Selepas itu Allah bertanya lagi kepada nafsu soalan yang sama. Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya " Aku lah hambaMu yang lemah dan Engkaulah Tuhanku yang Maha Kaya." Dalam kitab yang sama juga, diterangkan bahawa kerana peristiwa itulah Allah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

Balik Ke Indeks Risalah Jumaat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan