Risalah Jumaat

Risalah Jumaat
Membangun Bersama Islam
Bil.3
internet edition

Dari Meja Pengarang

Assalammualaikum W.b.

Sidang pembaca sekalian. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan salam sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , para anbiyaa' dan mereka yang mengikut mereka hingga Hari Qiamat Kita kini menerjah ke alam teknologi maklumat di mana maklumat boleh diperolehi hanya dengan sentuhan hujung jari . Dalam menerjah ke alam yang serba canggih ini, kita perlu sentiasa bersedia rohani dan mental bagi menghadapi cabaran alaf baru.teknologi maklumat sebenar merupakan satu medan jihad dan saluran dakwah . lantaran itu, kita perlu mengambil inisiatif tertentu bagi menyebarkan islam secara global ke seluruh dunia melalui pelbagai saluran dengan efisien. Perkara ini adalah tidak absurb kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Oleh itu, sebagai umat Islam masa kini, kita perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu bagi menghadapi musuh-musuh Islam dalam menyebarkan risalah Islam.

Muzakarah Adab

ADAB DI DALAM MAJLIS

  • Jangan menyandar.
  • Menumpukan perhatian pada majlis.
  • Jangan membuat bising.
  • Hormati majlis.
  • Tidak bercakap tentang hal dunia di dalam majlis ilmu.
MENELAAH SEJARAH

Makalah ini tidak bermaksud untuk memasuki medan falsafah sejarah dengan segala alirannya. Yang akan dibahaskan di sini bukan sejarah dalam erti sekadar catatan peristiwa; tetapi tafsiran, makna dan iktibar sesuatu peristiwa. Pendekatan ini serasi dengan gaya al-Qur'an yang apabila membicarakan sesuatu peristiwa, ia tidak memberikan pemerincian tentang tanggal dan saat terjadinya. Yang dipaparkan adalah tafsirannya, termasuk pengajaran dan petunjuk buat khalayaknya. Pendekatan al-Qur'an umumnya bersifat holistik dalam erti sorotannya tidak berpusat hanya pada gerak adegan lahiriah di pentas sejarah., tetapi menerobos hingga ke pedalaman jiwa dan minda pelaku-pelakunya. Dengan demikianpemeriannya adalah utuh dan menyeluruh, tidak terbatas dan tidak cuma bersifa serpihan. Sejarah juga bukan peristiwa-peristiwa kebetulan, yang tidak dapat difahami hujung pangkal sebab dan akibatnya. Sesuatu peristiwa sejarah tidak terjadi secara sewenang-wenang, tetapi berlaku menurut aturan tetap keutuhan, aturan Illahi yang terjelma dalam hukum sebab-akibat. Itulah yang dinamakan sunnatullah, undang-undang tuhan yang tidak berubah. Apabila segala faktor telah terkumpul, maka berlakulah kehendak Allah. Kerana itulah apabila al-Qur'an memaparkan sesuatu peristiwa sejarah, yang ditonjolkan adalah kehadiran Allah, kudrat dan iradat-Nya. Al-Qur'an sumber petunjuk bagi manusia. Petunjuk-petunjuk Illahi itu disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya disampaikan dengan cara langsung berbentuk perintah dan larangan. Tetapi tidak sedikit pula yang disampaikan secara tiadak langsung. Misalnya, menerusi kisah dan sejarah. Ini bererti kisah fungsi kisah dan sejarah dalam al-Qur'an bukan untuk lipur lara atau sekadar untuk duketahui (knowledge for the sake of knowledge), tetapi untuk menyampaikan mesej dan petunjuk. Al-Qur'an banyak sekali membawakan ayat-ayat yang mengajak khalayaknya merenung untung nasib umat terdahulu sambil menilai diri dengan keinsafan bahawa nasib yang sama boleh menimpa siapa sahaja yang memiliki ciri dan faktor yang sama. Kerelevenan al-Qur'an adalah universal dan abadi. Dengan demikian petunjuk-petunjuk dari al-Qur'an sentiasa relevan bila-bila dan di mana-mana pun. Memang tabiat manusia tetap sama, tidak berubah di sepanjang zaman. Demikianlah misalnya kedurjanaan dan petualang manusia apabila merasa kecukupan merasa serba mampu kerana memiliki kekayaan dan kekuasaan.
MALAIKAT PERIBADI

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,"Setiap anak Adam akan dilaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri." Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya malaikat yang di sebelah kanan katanya,"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan," Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi," Kalau iia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan," Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.a.w. bahawa 1 kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankannya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata," Kalau begini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangnya melimpah-ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronookan serta kemewahan.

Balik Ke Indeks Risalah Jumaat



Segala yang terkandung di dalam laman web ini adalah hakcipta ® Badan Dakwah Dan Kepimpinan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.Anda dibenarkan mengambil unsur-unsur yang dipaparkan dalam laman web ini TETAPI mestilah dengan mendapat kebenaran dari Ketua Webmaster terlebih dahulu.

Laman ini paling afdhal dilayari
menggunakan